PRUBSN UMMAH

Pelan PruBSN Ummah
Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi. PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Badal Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam. Sebagai peserta, anda mungkin layak menerima bonus loyalti. Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yang sama, memastikan anda dilindungi. PruBSN Ummah. Satu pelan yang memberikan anda tumpuan dalam persiapan rohaniah – dunia dan akhirat.
Manfaat-manfaat Haji/Umrah
Ø  Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
Ø  Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji.
Ø  Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.
Bonus loyalti
Ø  Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
Ø  Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh, tertakluk kepada terma dan syarat.
Jaminan kewangan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh
v  Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
v  Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
v  Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.
Manfaat-manfaat Penyakit Kritikal1
v  Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.
Tingkatkan simpanan anda
v  Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji, Umrah atau tujuan-tujuan lain. Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal1, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.
Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
v  Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.

Apakah itu PruBSN Ummah?

PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful keluarga yang direka untuk membantu memenuhi keperluan rohaniah umat Islam selain keperluan duniawi. Pelan ini menyediakan anda perlindungan dan simpanan, serta manfaat-manfaat yang akan membantu dalam pencarian rohaniah anda.
Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?
Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 19 – 60 tahun pada hari jadi berikutnya yang mahukan satu pelan yang bukan sahaja memberikan mereka perlindungan dan simpanan, tetapi juga membantu mereka menunaikan kewajipan yang dituntut oleh agama.
Apakah itu bonus loyalti dan elaun Haji, dan bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
Bonus loyalti adalah manfaat khas untuk anda kerana menjadi pelanggan kami yang setia. Bonus loyalti anda ditentukan berdasarkan peratus sumbangan anda yang semakin meningkat sekiranya lebih lama anda berada dalam pelan ini. Anda akan menerima bonus loyalti anda apabila anda:
ü  Menunaikan Haji (sebagai Elaun Haji), atau
ü  Hidup sehingga ke akhir tempoh pelan ini, atau
ü  Disahkan hilang upaya kekal dan meyeluruh, atau
ü  Meninggal dunia
Bonus loyalti yang anda terima sebagai Elaun Haji boleh digunakan sama ada sebagai wang saku setelah anda menerima pengesahan untuk menunaikan Haji, atau ia juga boleh digunakan untuk memastikan keperluan kewangan orang-orang yang tersayang terjamin semasa anda menunaikan Haji.
Selain itu, bonus loyalti anda akan terus meningkat walaupun anda telah menggunakannya sebagai Elaun Haji selagi anda terus membayar sumbangan anda. Bonus loyalti tersebut akan dibayar tertakluk kepada peristiwa-peristiwa yang dinyatakan di atas.
Bagaimanakah saya mengaturkan Badal Haji?
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan menguruskan apa yang perlu supaya Badal Haji ditunaikan bagi pihak anda. Kami akan membayar RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda (sebaiknya waris yang terdekat berumur 18 tahun dan ke atas) atau kepada Tabung Haji Travel & Services agar mereka dapat menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Prudential BSN Takaful Malaysia

One Response to PRUBSN UMMAH

  1. Pingback: Tahukah Anda: Berapa kos menunaikan haji? « prubsntakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s