TAKAFUL PUTERI

 
 
 
Penghargaan kepada Kaum Wanita
Peranan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi. Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari. Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita. Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan suatu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Memperkenalkan Takaful Puteri
Takaful Puteri adalah suatu rider yang dicipta khas yang memberi anda perlindungan terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.Rider ini boleh dikaitkan dengan Pelan Takafulink anda. Ia memberi anda perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk tujuan ini. Rider Takaful Puteri ini didapati dalam dua pelan yang istimewa:
 
1 – Takaful Puteri
Pelan ini memberi anda perlindungan terhadap pelbagai penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.
 
2 – Takaful Puteri Plus
Pelan ini dicipta khas untuk memberi anda perlindungan yang MENYELURUH dan banyak lagi. Selain daripada penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita, ia juga memberi perlindungan terhadap kerumitan semasa tempoh hamil dan penyakit kongenital bayi.
 
Apakah Manfaat-Manfaat Yang Anda Akan Terima?
 
Kami menyediakan pelbagai pelan untuk memenuhi keperluan anda
 
 
Setiap tuntutan akan mengurangkan Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat. Apabila Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat ini telah digunakan sepenuhnya, Takaful Puteri akan terhenti.
 
 
Nota:
Manfaat Penjagaan Wanita – Boleh dituntut hanya sekali di dalam tempoh hayat seseorang peserta.
Manfaat Penjagaan Ibu – Boleh dituntut hanya sekali di dalam tempoh hayat seseorang peserta.
Boleh dituntut hanya selepas satu (1) tahun daripada tarikh Sijil Takaful atau pada tarikh penyambungan semula (untuk sijil yang luput).
Penyakit Kongenital Bayi – Boleh dituntut sekiranya bayi tersebut dapat bertahan lebih 30 hari selepas kelahiran dan diberi diagnosis di dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran
 
 
Siapakah Yang Layak Untuk Takaful Puteri?
 
Peserta wanita yang mempunyai Pelan Takafulink yang sedia ada adalah layak untuk memohon rider Takaful Puteri ini.
 
Takaful Puteri
Berumur di antara 19 dan 60 tahun pada tarikh lahir akan datang
ü  Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun
ü  Sekiranya anda ingin menerima perlindungan sehingga umur 60 tahun, umur anda mesti di antara 19 dan 50 tahun
 
Takaful Puteri Plus
ü  Berumur di antara 19 dan 40 tahun pada tarikh lahir akan datang
ü  Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun
ü  Manfaat-manfaat Penjagaan Ibu dibayar sehingga umur 50 tahun sahaja
 
 
Glosari Penyakit Wanita
 
Kami telah melampirkan satu deskripsi ringkas mengenai beberapa keadaan yang diliputi untuk memberi anda pemahaman yang lebih jelas terhadap penyakit-penyakit ini. Definisi ini adalah hanya satu contoh ringkas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada dokumen sijil.
 
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis
Satu penyakit di mana badan mengeluarkan antibodi-antibodi yang memusnahkan sistem kolagen badan (seperti kulit, tulang, ligamen dan rawan). Perlindungan adalah terhad kepada keadaan yang melibatkan buah pinggang.
 
• Karsinoma-in-situ Payudara atau Uteri Serviks
Keadaan sebelum kanser di mana kanser berkumpul dalam payudara/uteri serviks dan tidak tersebar ke bahagian badan yang lain.
 
Penyebaran Penggumpulan Intravaskular
Satu penyakit darah dengan pendarahan/pembekuan yang mengancam nyawa. Ia memerlukan rawatan plasma dan platelet. Perlindungan hanya akan diberi sekiranya keadaan muncul setelah 7 bulan mengandung.
 
Kehamilan Luar Rahim
Kehamilan yang berlaku di luar uterus (rahim).
 
Sindrom Down
Satu penyakit genetik di mana kanak-kanak dilahirkan dengan ciri-ciri fizikal tertentu dan keperluan-keperluan khas.
 
Kecacatan Septum Ventrikel
Satu penyakit jantung kongenital (wujud sejak kelahiran) yang melibatkan satu lubang di dinding pemisahan di antara bahagian bawah kiri dan kanan ruang jantung.
 
Kecacatan Septum Atrial
Satu penyakit jantung kongenital yang melibatkan satu lubang di dinding pemisahan di antara ruang kiri dan kanan jantung.
 
Spina Bifida
Satu pembukaan di dalam tulang belakang yang dapat dilihat semenjak kelahiran, disebabkan oleh kekurangan penyatuan vertebra. Ia mengakibatkan masalah saraf di bahagian bawah badan (pinggul dan kaki).
 
Lelangit Rekah
Satu rekahan kongenital lelangit yang biasa dikaitkan dengan bibir kiri. Pembayaran hanya akan dibuat untuk kes-kes lelangit rekah, atau lelangit rekah dan bibir rekah. Tuntutan untuk bibir rekah sahaja tidak dibenarkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s